Sunday, January 10, 2010

10 Januari 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
malam ni ada AJL...
hurm...mmg taktahu lagu2 yg dipertandingkan.

apa nak cerita ye mlm ni..
nk ikutkan banyak je perkara boleh diceritakan.
hurm....

rindu Melbourne...hehe...
bagaimana ye Melben cik munmun?
bilik i ok?
u dah pindah masuk ke?
kemas2lah mana2 yg patut k..hehe
krisis2 usah dirungsingkan....kita tanggung bersama..hoyeahh...=)
dun worry..perkara2 beginilah yg mendewasakan kita.

hurm..bila ke pasar...
bila tinggal di kampung...
aku lahir di kampung..bidan, tidak di hospital.
aku pernah menghabiskan masa kecilku di kampung, tidak di bandar..
aku pernah mengikut nenek kutip beku getah seharian dgn kazen..dpt upah RM10 bila jual semua getah2 tu..

hurm..susah.
orang senang tak rasa susah.
anak akauntan.anak doktor.anak arkitek tak rasa susah. mungkin.
kalau RM50 besar nilainya pd sesetengah orang..tidak bg sesetengah orang...alahai RM50 tu lebih kurang $AUD 15 je... dapat beli nasi briyani ngan teh tarik Bismi je kot~ mungkin.

kadang orang obersea ni lupa kut mak abah dia guna duit RINGGIT MALAYSIA kat rumah..
moga aku tak lupa. ingatan utk diri sendiri.
tak membazir sesuka hati.
tak berbelanja sesuka hati.

hantar adik ku ke sekolahnya tadi..
dalam perjalanan..sempat ku cerita kisah rasul ditentang kaum Quraisy, kaumnya sendiri..kisah Bilal diseksa..kisah Ammar Bin Yasir.. objektif nak ditekankan..prisnsip hidup kena betul, walau orang sekeliling menentang kita.
Adik ngadu..camana nak jadi baik kalau kawan2 tak baik?
lar..aku jawab..carilah kawan yg baik..kawan yg tak baik tu..kawan biasa2 je..jgn tak kawan langsung.
Kalau kawan2 mengumpat, yana diam je..jgn ngumpat..dosa tau..nt malaikat kat bahu kiri catat dalam buku. nanti kat Akhirat Allah tanya, ha kenapa awak ngumpat?? ha..camana tu? orang lain takleh jawab kan...

ok.itu dahulu.
akan ke Selangor 15 Jan ini..bersama Ezzaty..plan asal naek kereta nampaknya tidak menjadi.
Plan kedua ke Terengganu, bergantung pada my anoi...
anoi..i on je tau..
tunggu u sms i..ehe =)

kalau sorang2..tak jd kut Mar...gugu.

Semalam 9 Januari, birthday Dina..
oklah.
sekian dahulu.

oh..nak buat pengakuan sedikit...
Suasana Malaysia..makin membuatkanku serius memikirkan masa hadapan..
ye benar.
serius serius.

5 comments:

muna khaider said...

erk, anak arkitek ni pernah merasa susah. pernah every cents in the tabung dikeluarkan pada saat2 paling genting. baru sebulan masukkan 100 dalam bank account sendiri, terpaksa dikeluarkan balik. anak arkitek ni selalu merasa susah, cuma tak belajor2 cara meguruskan kewangan dgn baik T_T, sbb tak pernah ada duit yg secukupnya utk dia menguruskan kewangan. haha. anak arkitek ni, pernah hidup dlm rumah tak berfurniture kecuali beberapa katil yang tak cukup utk account for everyone pon. Almari baju? hanyalah rak2 rotan. Satu bilik satu. Di living room hanya ada satu kerusi sofa, utk seorang. Itu pun hasil pemberian makcik kami. Makan atas surat kabar. Rumah tiga bilik, satu bilik mak, satu bilik boys, satu bilik girls. Adik-adik kecil yg ramai semua tidur di luar kerana tak cukup bilik. Skrg masih tak cukup bilik. Sekarang sbb 4 orang dah tak duduk di rumah, cukup2 je katil. Hahaha. Adik lelaki kalau balik mesti tidur luar. Bilik dia makcik ambik. Mainan kami masa kecik2 hanyalah lego2 yang dah buruk. Barbie? apa tu? Bila dah beranak 8 baru abah mampu membeli van. Sebelum tu hanya kereta toyota putih second hand yang masing-masing selalu berebut nak duduk tengah. Haha. Hahaha.. taksal Munah emo. Bukan terasa in, tp tetibe saje je nak share. The point is, sy tak pernah merasa mewah pun.. tapi entah eh, yela, I need to go through something much much harder to learn the lessons..n adanya abah yg sangat2 tak mahu sampai anaknya affected by the situation. walau macammana susah, makan mesti cukup, apa keperluan anak, mesti dipenuhi. And, I havent had any experience in 'earning the hard way'.

miss you in2, bilik you ni jadi bilik gerakan. :).

:D insyaAllah.. the year to come.. segalanya.. kita tanggung bersama.

biskut marie said...

erk..eh eh... segala penulisan tiada kaitan dgn kisah hidup insan2 sekeliling. andai ada persamaan, ketahuilah tiada sangkut paut dgn sesiapa...gugu..

mun2..i tak ckp u tau..or sape2..
i taip je apa dlm fikiran....


dun worry...bilik gerakan..janji KEMAS sentiasa..haha =p

faisalzulkifli said...

sakan ari2 update cik in..sebab tuh kite kena berpijak pada realiti..

kadang2 duk oberc nih smpi x nak amik tau ape berlaku kat tanah air, anak2 bangsa dsb..sume idealis..

naive sgt la konon dak..

biskut marie said...

tak lah sakan sgt cha..

betul2...jgn tak baca paper dah duk oberc tu..

Nottingham school of pharmacy ok tak? nk apply phD..cewah..

About Me said...

muna: panjang komen awk..tp muna punye pasal panjang komenmu kubaca..sastera pulak..=p

kecik2 dulu i duk tepi sawah so tak tau kutip getah cm cik in.teringat bestnye maen dulu2 ek.lari topik pulak.

in:in,dtglah..harapan tinggi mggunung ni semoga in and noi dtg..