Sunday, May 30, 2010

Bismillahirrahmanirrahim~...

Bekalan coklat sempena exam~ + kB yg tak habis2 lagi..
=) terima kasih adiks~ ^^

huu...53 lectures.. clinical notes yg saanggat banyakk...
exam yg pertama - 11 jun ini..
camana nak ingat semua?
kak aisya kata: MUST know Treatment of disease, management and JUSTIFY..
kena ingat dose ke? huh..try ur best lar to remember..if u can..
cth: Epilepsy..Drug of choice: carbamazepine valproate lamotrigine..
choose lamotrigine for obese pt coz it cause less weight gain..
Choose a drug and JUSTIFY why.
consider the patient as well. elderly ke young pt ke pregnant women ke..
insyaAllah.... sedaya upaya buat yg terbaik...!

***

Selamat pagi~ =) mulakah hari dgn ceria yaya~ =D

Semalam bertemu keluarga lagi....berbicara ttg salah satu siri peperangan Rasulullah sebelum rasulullah wafat iaitu Perang Hunain...Perang yang pertama setelah 19 hari pembukaan kota Mekah (reference: Raheeq Makhtum)..Dalam perang ini, kaum muslim telah diserang hendap...dan sebahagian besar tentera lari ke belakang..hanya 100 tentara yg tidak lari ke belakang dan tetap menentang musuh bersama rasulullah... teguhnya mrk hanya Allah yg teguhkan. setelah dipanggil kembali, bertambahlah bilangan muslim yg kembali menentang semula.

Akhirnya tentera muslim menang mengatasi Puak Hawazin. dan mendapat harta ghanimah yg saaangatt banyak...maka setelah itu..apa yg terjadi? ya....pembahagian harta2 tersebut....dan tahu apa yg berlaku?? . Rasulullah telah memberi semua harta rampasan itu kpd golongan Mekah tanpa beri pada golongan Ansar...sampai mengakibatkan golongan Ansar kecik hati...

yelah...rasul utamakan kaum dia...yelah..rasul dah dapat balik keluarga dia..yelah..rasul dah tak ingat kat kite... yelah...dadadaa...(camtuler agaknya kalau nak bayangkan).

Rasul pun dpt tahu ttg peristiwa 'Ansar yg kecik hati ni..' dan rasul pun berjumpa dgn semua golongan Ansar...

Berikut adalah copy paste dr satu laman web...yg isinya sama dgn Raheeq Makhtum.

***

Pidato ini terjadi disebabkan nabi mendengar kata-kata kaum Ansar yang tidak berpuas hati dengan cara nabi membahagikan harta ghanimah disebabkan kaum Ansar tidak mendapat satu bahagian pun daripada harta-harta ghanimah tersebut. Bahkan pembesar-pembesar quraisy yang belum Islam mendapat banyak.

“Mudah-mudahan Allah mengampuni Rasul Nya kerana baginda telah memberi kepada orang-orang quraisy dengan meninggalkan kita. Padahal pedang-pedang kitalah yang berlumuran dengan darah mereka(tentera Hawazin)” Ujar salah seorang pemuda Ansar yang menyertai peperangan Hunain. Memang betul, dalam perang Hunain, kaum Ansar adalah jumlah majoriti tetapi mereka tidak diberi walau sedikit habuan oleh nabi. Tambah pemuda itu lagi, “bila berlaku krisis, kita yang dipanggil.Tetapi harta rampasan perang diberikan kepada orang lain.”

Disebabkan Allah dan Rasul tahu apa yang berlaku, maka selaku Rasul, nabi pun berjumpa dengan orang-orang Ansar dan berkata, “Dengan nama Allah, aku memberi pembahagian kepada beberapa orang dan mengetepikan beberapa orang yang lain. Sesungguhnya aku mencintai mereka yang tidak aku berikan pemberian. Aku telah memberi pemberian kepada beberapa orang adalah disebabkan oleh ketidak tenangan dan kekhuatiran yang dapat aku lihat dalam hati-hati mereka. Dan aku mengutamakan mereka yang dikurniakan kepuasan hati oleh Allah dalam hati-hati mereka.”

Nabi tahu ucapan sebegitu masih tidak memuaskan hati kaum Ansar,jadi nabi menganjurkan satu pertemuan sulit dengan kaum ansar dalam sebuah khemah. Lalu Saad Bin Ubadah mengumpulkan semua orang-orang Ansar di dalam sebuah khemah dan dia pun menjemput nabi, nabi bertanya apakah masih ada orang selain orang-orang Ansar dan mereka menjawab, “cuma ada seorang anak saudara perempuan kami sahaja.” Nabi membiarkan perempuan itu disebabkan dia juga orang Ansar. Nabi bertanya demikian supaya tiada orang lain mendengar pidatonya kecuali orang Ansar semata-mata.

Nabi bertanya, “Apakah bisik-bisik yang telah sampai ke telingaku wahai kaum Ansar?

Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah! Ketua-ketua kami tidak berkata apa-apa, hanya para pemuda kami sahaja yang ada berkata demikian.”

Rasulullah bertanya lagi, “Wahai kaum Ansar! Apakah bisik-bisik yang telah sampai kepadaku adalah perasaan yang kamu rasakan dalam diri kamu terhadapku?”

Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah! Adapun ketua-ketua kami tidak berkata apa-apa, hanya orang-orang muda kami yang mengucapkan sedemikian: Semoga Allah mengampuni Rasul Nya, baginda memberi kaum Quraisy dan meninggalkan kita padahal pedang-pedang kitalah yang menitiskan darah-darah mereka(tentera Hawazin).”

Kemudian nabi memulakan pidatonya.

“Wahai kaum Ansar! Bukankah aku dapati dahulunya kamu berada dalam kesesatan, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Bukankah kamu dahulunya berada dalam kemiskinan, lalu Allah mengkayakan kamu? Bukankah kamu dahulunya saling bermusuhan, lalu Allah mendamai dan menyatukan kamu?”

Orang Ansar menyahut, “Betul wahai Rasulullah! Allah dan Rasul Nya sangat berbudi dan telah memberi banyak kurnian kepada kami.”

Kemudian nabi bertanya lagi, “Tidakkah kamu menjawab pertanyaanku ini wahai kaum Ansar?”

Mereka menjawab, “Dengan apakah kami akan menjawab pertanyaan tuan, Wahai Rasulullah. Bagi Allah dan Rasul Nya segala kebaikan-kebaikan dan keutamaan.”

Rasulullah menyambung pidatonya, “Wahai kaum Ansar! Demi Allah! Sekiranya kamu mahu kamu boleh menjawab kepadaku dan jawapan kamu itu benar dan dibenarkan; Engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau didustakan,lalu kami membenarkan engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau disia-siakan,lalu kami menolong engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau diusir,lalu kami memberi tempat kepada engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau melarat,lalu kami membantu engkau,engkau datang kepada kami dalam keadaan engkau takut,lalu kami mengamankan mu.” Maksudnya pd dialog ini, rasul tahu apa yg Ansar rasakan dlm hatinya, tp kaum Ansar tidak menyatakannya depan rasulullah.

Lalu raut wajah orang-orang Ansar berubah mejadi merah disebabkan terharu dengan kata-kata nabi yang begitu halus sehingga menusuk qalbu. Selaput kaca di mata-mata orang Ansar mulai pecah dan pipi mereka mula dibasahi dengan mutiara-mutiara jernih sehingga membasahi janggut-janggut mereka yang tebal. Kesunyian khemah mulai pecah apabila bunyi suara sedu-sedu mulai kedengaran.

Kemudian nabi menyambung kata-katanya, “Wahai orang-orang Ansar! Apakah masih ada di dalam hati-hati kamu cinta kepada harta benda dunia? Yang saya gunakan untuk mengikat hati-hati satu kaum agar mereka menganut agama Islam? Apakah masih belum cukup kepada kamu Islam kamu itu? Tidakkah kamu merasa puas wahai orang-orang Ansar,setelah mereka pulang dengan membawa kambing-kambing dan unta-unta sedangkan kamu membawa pulang Rasulullah ke kampung halaman mu? Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad di dalam genggaman Nya! Sekiranya kerana tidak kerana hijrah, nescaya aku adalah salah seorang daripada orang Ansar. Sekiranya manusia mengikut satu jalan dan orang Ansar mengikut jalan di suatu lembah, aku akan mengikut jalan di lembah atau di tepi gunung yang dilalui oleh orang Ansar.”

“Kami puas dan kami rela !”Jawab orang Ansar.


Pengajaran:

Mengapa kita sentiasa mendambakan balasan harta duniawi...sedangkan Allah menjanjikan syurga dan ampunannya yg lebih lebih lebih tak terrnilai harganya....

Apalah sangat harga dunia? berat sebelah sayap nyamuk pun...tidak sampai timbangannya..

Duhai hati... kuatlah. jd baiklah.... jgn ego.jgn sombong.


akan ke library hari ini..




Saturday, May 29, 2010


tabahkan hatimu dear~
ah..sy kecik hati..

dgn die.




come on lah in..

u knew it would happen... again... again.... and again again again...
continuous present tense. i think.


hv been used to it...kan? huu...



ah.
jgn terikat!~

ye. ingatan utk kamu,cik in..

relax je..

y so serius?

not yet not yet.


nyte~
nt bangun balik~

T_T

Friday, May 28, 2010

28 may 2010

Lake Tekapo...oh i miss New Zealand.. i miss ber'holiday'ing bersama housmate2ku ini...
=)

jalan salji~ alhamdulillah..
tenang~

jalan bersalji lagi.. =)

ok anoi..kite akan naik mende tu..
ehe.
anoi..mish u..tulah i nk dtg singapore ritu..u ada appointment lak..
*u bc blog i via iphone, kan kan?* =p



***
itu tahun lalu..

AUTUMN 2010 kini....
=)




Autumn di Melbourne..
Alhamdulillah ya Allah..
kalau tidak dgn izinMu, tidaklah aku berada di tanah ini..
tidaklah aku menjadi aku yg kini.
Alhamdulillah ya Ilahi..

otw ke uni setiap hari~
menyusuri Royal Parade dan Princess Park..
angin bertiup...sejuuk..
bawa daun2 terbang...cantikk subhanallah.
subhanallah wabihamdihi..subhanallah al azim..
2 kalimat..ringan di lisan, berat di mizan..

aku menghargai waktu ku sendiri berjalan ke uni..
30 minit pergi 30 minit pulang..
waktuku berckp dgnMu..
akan ku rindu saat ini kembalinya ku ke Malaysia.
huu..


Sesungguhnya Allah tidak pernah menghalang-halangi,
kecuali utk memberikan kebaikan lain kpdku..

Dia tidak menurunkan musibah kecuali utk memberi ampunan.

Dia tidak menguji kecuali untuk melakukan pemilihan.

Dia pun tidak akan mengeluarkan manusia dr dunia ini, kecuali untuk memilihnya menjadi ahli syurgaNya..

Subhanallah. Amin ya Rabb.



Allah kan sentiasa membuka pintu demi pintu...

Monday, May 24, 2010

25 may 2010

baru siap masak~ i nak cepat i masak simple je...
baru siap basuh quilt cover~
ah melbourne yg sejuk..bila baju nak kering ni? i need dryer pls~ uhu.
pagi shopping barang rumah di Aldi jap.


i nak balik Malaysiaaaa....gugu
walau Malaysia panas..uhu
i nak balik batu pahat..
i nk balik Sri Medan..


i nak balik!

g blajar lah cik intan~


bye.



Sunday, May 23, 2010

23 may 2010


huuuuuuuuu............
malas plak nak belajar..
konon motivate diri sendiri lepas habis 1 topik dpt mkn cokelat kinder bueno..hehe
*yo'o je*
disebabkan stok yg agak banyakkk...
maka...
i tukar motivasi i tu kpd..
'ok u mkn 1 ni dulu, pastu belajar k'... huehue...
then i pun mknlah 1 lagi cokelat itu...ha cepat kira, balance tinggal bape? he he.

blajar lah ckit..pastu ilang mood balik...takpe2..pasnih sambung balik..
set objektif goal betulkan niat..dalam satu jam aku perlu habiskan sekian sekian..Baik!~


hurm..

tahu tak bila kite sorang2 kite ni lemah...
tahu tak bila kite sorang2, masa tu lah kite diuji?
tahu tak bila kite sorang2, masa tu lah kite kenal kelemahan kite?


pg td..jumpa keluarga..
alhamdulillah..nikmat kebersamaan itu sesuatu yg indah~
=)
benarlah kekuatan umat Islam itu ada 3: Iman, Ukhuwah, Harta (am not sure whether this is hadith or kata2 sahabat or formula from someone)
but it is true.

Bila iman kuat..letak mana2 sorang pun boleh survive, boleh gerak - hanya dgn izin Allah.
Bila iman kurang kuat, kite perlu kawan2 dan persekitaran yg menyokong dan mendorong kite..
- hanya dgn izin Allah juga..ye betul.

dan iman itu..kejap naik kejap turun..tak selamanya akan naikk....shj.



td dapat markah tuk asignment Pharmacology, the debate and essay..yeay..essay dapat 10/10 alhamdulillah~
debate?
hurm...bleylahh... dpt 13.5/15..
so total: 23.5/25
yeay dh dpt 23.5%..
Exam nt 75%.
so..nk lulus kena dapat lagi bape percent?
logiknye..(kalau lulus 50%, 50-23.5=26.5%), so kena aim 26.5%...
heh..tapii ini kos farmasi lar....takde dah kira2 ala-ala mrsm ni..

u kalau tak lulus paper final, even u dpt 26.5% tu, u kira FAIL juga..n bila FAIL, u takde supplementary exam..nehi nehi..
u kena repeat balik sem 1 tahun depan, turun ke fresh 4th year balik...gugu...
samalah seperti student2 medic Newcastle kini yg gigih berusaha dan berjuang dgn exam..all d best sahabat2! aku di sini mendoakan kalian agar mendapat yg terbaek!~ Amin... ;)

Dan semoga Allah mudahkah urusan adik2ku Yana dan Naim yg akan exam bermula esok.. Semoga dilapangkan dada, semoga Allah beri ketenangan menjawab soalan, semoga tidak buntu tika peperiksaan.. semoga dimudahkan~ Amin ya Rabb~

dan ofkos...kite kena usaha lebih lebih utk dapat tidak sekadar PASS shj...
dan ofkos juge..kite kena berusaha sebaik-baiknyee utk memberikan persembahan yg terrrbaikkk hanya utk Allah..
keputusan exam tak sampai ke Allah...tapi yg sampai..UsAhA yg diusahakan lillahitaala~

bukankah...

natijah, Allah telah tetapkan?
;)

insyaAllah...usaha dan tawakal yg terbaik in-in... HAIppppp...~

ok, mau tepikan laptop ini dr tepi...syuh2 nyah kau.
dalam masa 2 jam ku kan kembali kepadamu k..

err..mun2 ajak teman makan..'makan sorang2 tak best'..
weng2 pe mun jiwang2 ngan i nih?? =p
hehe...

okayh~ Minggu last uni sem 1...then EXAM..


** hampir kpd sayang**






Friday, May 21, 2010

22 May 2010


Setibanya di Melbourne... uhuhu sejuknyerr.. fuh fuh..keluar asap..
lebih sejuk dari air-cond level 17degree..
yelah...7degree pagi ini...

kaki agak krem... sakit..
lapar..taklah lapar sgt..dah mkn lam kapal.
makanan MAS mmg tip top best dr AirAsia *flight lain takleh nk dicomparekan - sbb taktau* ehe.


Environment do change u.. BEWARE~
u wont stay the same..REMEMBER..
so...
be good.
ok my dear? ^^


22 may - 10 June = 18 hari.
utk prepare EXAM dan 1 asignment.

haip! challenge yourself!
PLAN PLAN PLAN!
Failing to Plan is Planning to Fail..ok.

ok..nk mkn kinder bueno~ syg plak nak buka...
*tanda harga tu sajee je ea?*

Wednesday, May 19, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of God..The Most Gracious, The Most Merciful..

Ok..mari serius.
2 hari lagi..aku akan pulang kembali ke Melbourne..
tinggal seminggu lagi untuk lecture week, then swot vac then exam!!!!!!!!
huhu...
takot...
sbb...tanak fail...
sbb...tanak ulang 1 tahun repeat balik....gugugu..
Makanya..
akanku study smart work hard bila ku pulang ke Melbourne..
dgn azam baru...akan ku mulakan langkah baru setibanya kaki menjejak MELBOURNE.. ye!! *semangat nih*

Dengan tugas dan tanggungjawab winter camp yg ada juga..
akanku usahakan betul2 insyaAllah..

di Malaysia..
baru sudah abangku mendirikan masjid..membina keluarga baru..
bila sebut ttg keluarga..maksud keluarga itu adalah usrah dlm bahasa arabnya.
(keluarga = usrah)
sebagaimana setiap manusia itu akan berkahwin dan mendirikan keluarga,
seperti itu jugalah ku harap setiap ahli usrah akan ber'keluarga'..
namun, ukuran amal itu tidaklah semata-mata bila sudah ber'keluarga'...
ye..benar.
dan sungguh Allah jualah yg akhirnya memberi dan mengizinkan seseorang itu ber'keluarga'.. dan ber'keluarga' itu sebenarnya adalah tarbiyyah utk dirinya bukan sebaliknya..bkan untuk dia melatih ahlinya..tapi untuk melatih dirinya..
ye benar.

'awak ni usrah dah 3-4 tahun...taapii...? tak berkembang-biak..' pernah seorang pakcik melontarkan kata-kata yg pedas ini tahun lepas.. dan aku terasa..
'adakah hanya menambah ilmu di kepala?'

malaysia..
bilakah..
bilakan..

dulu aku pernah persoalkan..
mengapa? ramainya yg pulang tp masih sama?

aku sendiri kadang kini mungkin sendiri susah tuk menjawab soalan itu..
ah positif!!

ombang ambing arus atas bawah..biasalah...
tapi jgn lepaskan tali~

kadang kita tercampak tempat sorang2..risau tiada org yg bawa kita?
mengapa tidak kita yg bawa?

sampai bila harus bergantung pd orang?
sampai bila kita belum jd orang yg membawa?


Monday, May 17, 2010

17 may - 2

2
2 video di majlis abang...
video ke2 slpas minit ke-3, abaikan.

Sunday, May 16, 2010

17 May 2010

Hantaran 7-9 dulang..
Tema Purple-pink..
SEMUA hantaran disediakan oleh pengantin perempuan..
hehe...

Tempat makan untuk keluarga pengantin perempuan.
Khas lagi tau..VVIP nye servis..
masa kitorang dtg hantar pengantin ke tempat pengantin perempuan takde pun camni..
uhu self service lagi u..
tempat duduk pun hampir tiada..
haiya...

Abah di hadapan, menyambut tetamu2 yg datang....

ni TOL PERTAMA di awal pintu masuk pengantin..
TOL2 ni kan, bergantung kpd berapa banyak pintu masuk ke pelamin..
aritu tempat noni, kena 2 tol..
ni tempat abang, 3 TOL u...
nasib dah standby duit tol banyak..
yg pakai towel putih kat kepala tu, jiran tetangga Kak Linda..
masa ni, dia bg pengantin ngan pengapit air asam yg super-duper MASSSAMM....(sajee je tau..)
then ada persembahan silat jap..
kitorang kat belakang...'cepatlah...PANASSS nieee....'
=p

TOL ke2, TOl ke-3 depan pentas pengantin dan mak andam..

Sabtu petang, selepas habis majlis belah perempuan, kami pun pulang ke kampung..
khemah sudah selesai dipasang langsir...
Majlisnya esok, Ahad 16 May 2010.
belah kite pula..

Anggota RELA membantu trafik laluan..
kelihatan banner 'Selamat Pengantin Baru' di belakang..
sebelahnya, di tiang lampu..tertampal 'PARKING' .. hehe

inilah tempat parking kereta tetamu..full...
ada yg park tepi2 jalan..
satu, sebab senang nak keluar..dua, sbb car park penuh.

ini makusu dan kak Lin (anak maklong)..
saje je bergambar kat depan laksa..
Lauk hari itu:
1. nasi putih, syur nangka masak lemak, ikan masin, kentang sambal, sambal belacan dan ulam-ulaman fresh.
2. Nasi briyani, kuah dalca, kambing, ayam masak merah, aca buah.
3. Laksa penang..
4. Air asam boy dan air barli.
5. Bubur kacang hijau.
ha..pilihlah nak makan yg mana...
ofkoslah nasi putih dan laksa sold out..
nasi briyani ada lebihan...

budak2 rewang basuh pinggan...
hehe...
kawan2 naim je sume ni..geng futsal..

Oh ni tempat perempuan balik..
Abg yg baru nak berarak sejurus ketibaan kami yg terlewat..hoho sorrii lerr..
ceritanya macam ni..
abah suruh amik nenek kul 1230tgh kat bandar..zoom odyssey meluncur laju..
namun otw pulang ke kampung, ada kereta yg bawa lambat sangat...
nak potong pun tak bleh..kereta banyak...terpaksalah odyssey mengikut..
dan tiba di kampung jam 1.30ptg gitu..
smayang zohor..siap-siap yg macam pengantin sumenyer..
makeup-makeup itu ini..
nenek pula nak makan sekejap..cian nenek tak makan2 dr pagi..(oh nenek dtg dr kL-BP, tu yg kena amik kat bandar)
Janji berarak kul 2ptg..tapi diseabakan kami..pengantin berarak kul 2.30ptg..
takpelah..standard 2.30ptg juga kan...

Abang di tempat Kak Linda..
Tema purple-hitam
Pengapit abang tu member baik dia masa Maahad dulu..
Pengapit permpuan pula, kawan baik Kak Linda merangkap sedara i juga..sebaya.
dia kahwin July ni nt..iA

Baju untuk sesi potong kek..

Baju Hijau-ni kat kampung sy..

Ye..finally..gambar keluarga..
ikut turutan..
yg duduk di bawah, dr kiri: sy-anak ke2,kakLah-anak ke 3,Naim yg ke4, Yana yg ke5.
cukup korum...
=)


fuh...penat arini...
penat after rewang..basuh2 pinggan.. (periuk pengantinlahh basuh..ni pun abang kata nasib baik periuknya bersih, meaning periuk bahagian luar tu tak hitam logam yg kena sental2 sume tu ).. sebab masa dia kena basuh periuk kat belah pengantin perempuan, periuknye sume hitam legam..

air takde plak.. nak menunggu kul 10 mlm tu, kemas2 lah apa2 yg patut ckit2..pastu rehat jap..hehe terRehat terus plak..sok pagi baru i bangun, then startlah kemas2..
sakitnya kaki, bahu sumee....uhu
pasni kalau kenduri amik katering yg siap basuh pinggan mangkuk periuk sume bley tak??
yg penting..ber-aircond jugak eh..
buat kat hotel ke best jugak...amboii...

dah..g kumpul duit!~

sekian.. =)

Thursday, May 13, 2010

14 may 2010.

alahamdulillah..semalam abangku sudah selamat menikah..
dengan sekali lafaz shj..
jg isteri tu baik2 yer..sekarang ni dia tu di bawah tanggunganmu..


argh...seriusly..sy bukanlah org yg lemah lembut ayu lemah gemalai....a big NO...sbb dulu sy agak anti ngan org macam tu sebab lembek~ come on..tegas ckit..confident cket.
bukanlah tak bagus sifat2 sebegitu...
kalau tak ada sifat sebegitu teruk juga kan... harus seimbang lah..


makanya..disebabkan kelemahan diri sendiri itu...dan ke'direct'an kata-kata ku ini telah melakar satu kisah kelabu..
apa-apa jelah.. i tak rasa i salah k.. i just ckp apa yg i rasa. sorilah..if apa i ckp tu reach ur treshold tuk berkecil hati...



'perlu ke pakai gown sume ni?'




Wednesday, May 12, 2010

kenduri.



Rewang bungkus2 buah tangan utk tetamu...

meng'cling-wrap'kan makanan utk pengantin..

potong buah utk pengantin.. mak i jd ketua chef utk makanan pengantin..
secara tidak langsung, anak-anaknya di'recruit' utk bekerjasama..
ai ai kapten.
=)


byr tol pakcik...oh pakcik ni bukanpengapit pengantin..taktahu sape..
'jgn bg lebih2 pakcik..atas ada tol ke-2 ni...' he he

tara..pengantinnya..
my kazen nurnie dan yus..
barakallah..

Nasyid khas dr tadika maklong...
tajuk lagu kuatkan ukhuwah, mantapkan ummah..
hebat~
=)

ye..kami kami..
adik i yana, adik i dilah, i, then 2 org anak makusu..

Zapin cilik...
oh ada 2 zapin..1 lagi zapin adik sekolah menengah..lagi best~ =)

Meja kerusi...

Malam selepas nikah siangnya...majlis berzanzi..
pagi esoknya..majlis khatam Al-Quran..

Majlis khatam Al-Quran..

Pengantin dan makusu selepas akad nikah..
Alhamdulillah..

Kalau majlis kenduri kahwin di Johor..memang meriah.
dengan zapinnya, kumpulan nasyidnye...ada yg pencak silat lagi tp umah maklong ni aritu takde...umah i nt pun takde tp ada zapin (kata mak..tak komfem lagi).
dgn kadang2 ada majlis yg ada karaokenye...(umah maklong dan umah mak nt takde)
DJ pun ada..yg berperanan memutarkan lagu2... masa kenduri maklong ada..masa abang nt pun ada juga..

ok..penat.
baru habis isi duit dalam sampul duit raya utk duit tol nt...
sok kenduri doa selamat dan tahlil..malmnya abangku nikah..
'weh, dah praktis lum sok nak akad ni?' 'DAHHHH..' ceh konfiden.. bagusler..
moga lancar segala-galanya..Aaminn....



aduhai...kenduri kahwin..

Friday, May 7, 2010

8 may 2010

tempe?
tau?
org ganu tak tau dan tak suke...sbb ex-osmet Mar dulu taktau dan tak ske dan dia org ganu..ehe

mlm ni..dr petang td..potong tempe..goreng tempe..makan tempe ngan sambal kicap..wah.. ~
bila nk habis grg tempe ni? sangatt banyak..50kg tempe..yayai... tuk buat sambal goreng nt.
makcik2 rewang meriah..i grg tempe kat dalam..then kat luar umah ada 3 dapur tuk grg tempe lagi. ni..kul 0030 baru siap.. uhu

rebus telur masin..isi dlm bunga telur jg..


'kakjah, ahad ni tlg amik kek eh kat pt yusop rumah nombor 1 dr simpang'..pinta pengantin..
bleh bleh...kena bawa nurin sbb kakjah taktau pt yusop tu kat mana..ehe
takblehh..nurin kena ada masa khatam quran nt..nii..bawa boboy...
ok~iA...


agak pelik jugalah nape maklong tak amik khemah kanopi dan kerusi bersarung..
tup2 bila sampai umah maklong kali ke2 td...
ehh mane bleh maklong kau tu tak wut mende2 tu...
pasang sendiri ok....puas hati sendiri..


'mak..nt masa majlis abg tu..ada tol2 tak? takde dah kut ek zaman skarang ni...' soalku.
'eh..adaa...ha, nt kakjah standby duit tol..kut2 xcukup...'
'bukan pengapit ke yg kena bg duit tol tu..apsal angah plak kena standby kan?'
ye... takut pengapit habis duit dah... mak andam lagi..
mak andam ni memang geds2..
aih..tol tol...


td suke 1 baju...
tp tak beli..
then sekarang rasa ...nak beli baju tu juga..
sok g lagi lah...

hp dihantar repair..
sekarang gune hp naim..
tp naim dh balik umah dah..
makanya..i takde hp buat masa ini..
maaf atas kesulitan.

nak amik gambar td....suasana rewang yg riuh..makcik2 ckp jawa..hehe uro gelem cek.
tp hp takde..kamera pun takde...takpelah.

nikah sok kul 3ptg...
semoga urusan dimudahkan..amin.


before pulang ke umah td..
'kakjah, pakaikan inai ni..'
ha..bleh2...sini tangan..kena selotep dulu jari2..

dan..jariku berinai jua...huehue..


nyte~.

Thursday, May 6, 2010

6 may 2010 - 2

uhu..

tau tak..ada dosa yg lebih besar dr dosa berzina?
iaitu dosa org yg tinggalkan solat tanpa rasa apa-apa?

uhu..
apakah solat itu...sesuatu yg 'tidak apa' 'kalau ada masa aku buatlah' 'kalau rajin aku buatlah' 'kalau sempat aku solatlah'

uhu.
solat tu kan..
tak de nak ke taknak..
wajib.
maksud wajib..
buat dapat pahala..tinggal dapat dosa..bukannya tinggal tak apa apa..

uhu..

STRESS!

camna ek nk buat ni?
berhadapan dgn muslim2 yg selamber yaya lepaskan waktu solat..

geram nyer...tak redha hati... i tak nak disoal Allah..awak tak buat apa-apa ke? cukup dgn rasa geram dlm hati je?

tak.. ehem... "x, belum solat magrib kan? dalam tu bilik dah kosong, takde org guna, kat bilik air pun takde org..bolehlah kalau nak masuk g solat.."


Ya Allah..kau bukakanlah hati kami, berikanlah kami petunjuk..tunjukkan kami jalan yg lurus...
lapangkan dadaku..suluhi aku cara berhemah mengajak org..


Akhlak In....
marah ye marah...

behave~

let see tomorrow...

uhu.

Wednesday, May 5, 2010

6 may 2010


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Tuesday, May 4, 2010

5 may 2010

balik malaysia kan...
memang susah lah kalau namanya 'BELAJAR' tu...

setakat ni..nota tak buka lagi.. aiyak in..u bukan dah buat plan meh? hancur sume..kena renovate.
cp dah setel..hopefully takde kena alter2 lg..
tinggal pharmaceutic je..at least siap draft first..balik melben tambah tolak darab bahagi darab equalkan je.

nota2 ni...uhuhu...CP yg banyak..adik yg takde headphone..kena beli satu tuk dgr lectopia..ntlah kuar shopping ngan liya.

so far...bese lah balik kampung je..
eh nape kakjah makin kurus ni??
ele...ye ye je....

kalau kat kedai..mana-mana pakcik makcik yg baru jumpa...
ohh..ini eh anak nye yg belajar australia tu...kok kecik je..tak macam adiknya?
ahaks..maksud kecik tu pendek..adik i tinggi... takpelah cik..
i tau i comel.. ;)

smalam ke rumah maklong... pack-mengepack ckit.. sume dah nak siap dah..bunga-bunga hampir di semua sudut gitu.. cuma khemah je tak kanopi maklong....nape tak amik khemah kanopi berlangsir2 yg cantekk tu? dan kerusi yg bersarung tu maklong? kan cantik? ehe..
takpe..abg pun tak buat..simple aja.

..usah membazir..tak perlu besar-besaran..

bila sembang2 makcik pakcik tanya bila habis belajar..beljar apa..kat sana cemana bla3..terfikir jauh sikit..yelah hujung tahun ni i habis belajar kan.. terfikir, nt nak settle down kat mana ek? nk keje kat negeri mana? nak ulang-alik blk bp ke? err..tak ulang-alik kalau dapat hospital BP lah.. ke..ke..ke nak sambung blajar? err..tak kot..buat masa ni tak lagi.. nt2 taktahu lagi. hurm....tak mengapa.kite tgk keperluan di mana nt..keputusan kan diambil bila sudah didata analysiskan..


ok...

soalan komfem kena tanya : ni bila lagi ni? ada org tak ni? minat org sana ea? xyz..


soalan komfem Terfikir sendiri : eh, nt aku nye majlis..aku nak tema kaler ni, cenggini, cenggitu...xyz.. kuikui.