Harini hari jumaat..aku off sehari..
Hampir setiap jumaat aku off..sebab mama ada ada kelas agama, so takde org jaga baby..awal2 sebelum pn ida buat jadual kerja, aku minta off siap2 hari jumaat...tp tak semua off..ada yang jumaat kerja malam, so siang tu boleh jaga umar..atau kadang aku kerja Sabtu, so jumaat tu auto-off..hurm..
jumaat depan, aku kerja malam..sabtu pun kerja malam juga..
tapi sabtu tu ada weding syuk,..housmet b..b ofkoslah kena pegi..tp..aku nak pegi ke tak ek..malam tu kena keje malam..adeih..tayah pegi lah..b konvoi ngan member jelah ye..bek ak tido...haha
takde apa pun nak tulis..
saja2 nak menaip..
haritu ada kes di hospital baby umur 5bulan meninggal sebab demam...
katanya baby demam selepas kena cucuk..
lepas cucuk imunisasi tu,sesetengah baby memang react dgn demam..tp tak semua..alhamdulillah umar tak demam..sebab tu parents kena stand-by panadol syrup kat rumah..plus kalau nak beli yg cool fever tu pon bleh..stand by je..in case kecemasan...budak kecik kalau temperature tinggi..bahaya! boleh sawan lah itulah inilah..n kalau dah reach sawan tu..kadang irreversible tau..sampai besar lah begitu..ujian..
nak bg dos panadol syrup tu senang je..berat anak x 15mg, kemudian darab silang dgn kekuatan syrup panadol tu untuk dpt tahu berapa mL anak perlu minum..
harini nak masak ikan kerisi cekur..lama tak makan..
sidai kain sudah siap..harap cuaca panas..nt angkat lipat je..
sakinah n kak maf da program harini..soorii tak dpt join..ingat mama tak jd g kelas, blehlah join program harini..uhu
harap kinah dapat msg dtglah ijok..ehe tapi smalam dia kata line tempat program tu problem..takde sgt..ok..
esok kinah g pD plak umah mertua ngan KA lah kan.
sok abg ckp nak bawa g shopping..HAHA iyooolahh...we'll see tomorow..
dahlah..nak gugle2..
bye,
Thursday, December 20, 2012
Monday, December 10, 2012
10 dec 2012
Jiwa saya sangat kacau lately...
sy cuba mencari ketenangan dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah..
tapi kadang termakan hasutan2 dan buatkan hati memberontak geram tensen..TERTIPU aaaargh!...
sy sedar..
itu sejarah..
tapi dari sejarahlah kita belajar macam2..
huhu..
apa2 pun.
nak post artikel ni di blog ini.
kisah seorang gadis yg pernah terlanjur.
mengingatkanku kisah seorang gadis di zaman rasulullah yg bertaubat dari keterlanjurannya... taubat si wanita ini,andaikata dikumpulkan taubat2 semua penduduk mekah madinah, tidak setanding dgn taubatnya.. ya Allah!
Ini adalah suatu kesulitan yang amat besar. Cerita salah, tak cerita rasa bersalah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun seperti biasa, apabila kita menghadapi kebuntuan di dalam sesuatu hal, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan hadith.
sy cuba mencari ketenangan dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah..
tapi kadang termakan hasutan2 dan buatkan hati memberontak geram tensen..TERTIPU aaaargh!...
sy sedar..
itu sejarah..
tapi dari sejarahlah kita belajar macam2..
huhu..
apa2 pun.
nak post artikel ni di blog ini.
kisah seorang gadis yg pernah terlanjur.
mengingatkanku kisah seorang gadis di zaman rasulullah yg bertaubat dari keterlanjurannya... taubat si wanita ini,andaikata dikumpulkan taubat2 semua penduduk mekah madinah, tidak setanding dgn taubatnya.. ya Allah!
Assalamu’alaikum Bro,
Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membina myJodoh. Saya telah bertunang dengan seorang lelaki yang baik dan akan berkahwin tidak lama lagi. Masalah saya adalah beliau tidak banyak mengetahui tentang kisah silam saya. Saya telah melakukan kesilapan dan saya amat menyesali perbuatan itu. Saya telah kehilangan sesuatu yang berharga, sesuatu yang hanya patut diberikan kepada seorang suami yang sah. Saya merasa kesal kerana merahsiakan hal ini daripada beliau. Namun, saya khuatir tidak akan menjumpai lagi lelaki sebaik beliau. Please advice.
(Artikel yang amat fakir ini bukan khusus untuk menjawab soalan di atas. Namun, mudah-mudahan ia sedikit sebanyak dapat membantu dalam mencari jawapan. Mudah-mudahan para pembaca dapat memberi pandangan, terima kasih.)
Secara ringkasnya, seseorang hanya disunatkan mengaku bersalah pada semua jenis kesalahan yang boleh mengakibatkan hukum dera, seperti berzina dan mencuri. Islam telah menganjurkan agar seseorang yang telah melakukan kesalahan tersebut menyimpan rahsia dan bertaubat nasuha. [1]
Di dalam sebuah riwayat yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang berada di masjid. Lelaki itu memanggil baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Rasulullah s.a.w berpaling darinya dan menghadapkan wajahnya ke arah lain.
Lelaki itu berkata lagi kepada baginda, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melakukan zina.” Sekali lagi Rasulullah s.a.w berpaling daripadanya.
Perkara itu berlaku sebanyak empat kali. Apabila dia mengaku ke atas dirinya sampai empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bersabda, “Adakah kamu gila?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak.”
Rasulullah s.a.w bertanya lagi, “Apakah kamu sudah berkahwin atau berumah-tangga?”
Lelaki itu menjawab, “Ya”.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya, “Bawalah dia pergi dan laksanakanlah hukuman rejam ke atas dirinya.”[2]
Berdasarkan tingkah laku Rasulullah s.a.w. inilah, para ulama berpendapat bahawa dianjurkan untuk tidak mengaku berzina di hadapan seorang hakim. Lalu mengapa pula perkara itu perlu disebut di hadapan orang lain?
Rasulullah s.a.w pernah menyatakan, “Setiap umatku diampunkan dosanya kecuali yang menyatakan secara terang-terangan (telah melakukan dosa). Termasuk terang-terangan ialah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, sehingga waktu pagi rahsianya ditutupi oleh Allah, (tetapi) waktu paginya dia berkata: Hai Si anu, semalam aku telah melakukan itu dan ini (dosa), sedangkan Allah menutup perbuatannya (dari pengetahuan manusia) sepanjang malam itu. Sepanjang malam itu Allah menutup rahsianya (perbuatan dosa), tetapi waktu pagi dia membuka apa yang telah ditutup oleh Allah.”[3]
Di dalam Tafsir Al-Azhar, karangan Prof Dr. Hamka, diceritakan pada zaman permerintahan Umar Al-Khattab r.a. terdapat seorang wanita yang telah berzina dan telah mencemarkan nama baik diri sendiri dan abangnya. Beliau merasa kecewa dengan kehidupan dan bertekad untuk melakukan dosa yang lebih besar lagi, iaitu membunuh diri.
Wanita tersebut cuba memotong urat lehernya dengan sebilah pisau. Namun beliau sempat diselamatkan oleh abangnya, lalu dirawati. Setelah sembuh, beliau dipindahkan ke rumah bapa saudara mereka di Madinah. Di sanalah beliau mula memperbaiki kehidupannya dengan bertaubat dan taat beribadat sehingga menjadi seorang wanita yang warak.
Tidak lama kemudian, beliau telah dipinang. Bapa saudaranya berasa gelisah lalu berjumpa dengan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. untuk mengadu. Mana mungkin seorang wanita yang pernah terlanjur berkahwin sedangkan perkara itu telah dinyatakan dengan terang dalam surah An-Nur ayat 3, “Lelaki yang berzina tidak dinikahi melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu tidak dinikahi melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Demikian itu terlarang kepada orang yang beriman.”
Bapa saudara wanita itu juga menyatakan kepada Umar tiada sesiapa yang mengetahui hal ini, hanya kepada Umar sahaja perkara ini dirujuk.
Lalu berkata Umar r.a., “Jangan engkau sekali-kali membuka rahsia ini kepada orang lain. Tutup mulutmu rapat-rapat. Sekiranya engkau berani menceritakan, nescaya hukuman ke atasmu amat berat. Sekarang, anak saudaramu itu wajib dikahwinkan secara layaknya perkahwinan orang-orang terhormat.”
Penasihat Umar ketika itu, Ubay Bin Ka’ab r.a. juga berada di sisi dan mengetahui hal berkenaan. Ubay r.a. juga telah dipesan supaya merahsiakan hal berkenaan. Lalu berkata Ubay r.a., “Keputusanmu amat tepat wahai Amiril Mukminin, sedangkan orang yang musyrik lagi diterima taubatnya …”[4]
Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal ayat 29, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
Di dalam surah As-Syura ayat 25 Allah telah berfirman, “Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.”
Pada surah An-Nisa ayat 10 pula, berfirman Allah lagi, “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Terdapat banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang menunjukkan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ini adalah kerana, menurut sebuah riwayat daripada Rasulullah s.a.w., “Sekiranya kamu semua tidak ada yang melakukan dosa, nescaya Allah akan menciptakan suatu makluk yang baru, yang melakukan dosa, lalu mereka memohon keampunan daripadaNya, kemudian Allah mengampuni mereka.” [5]
Kita harus bersyukur kerana masih lagi beragama Islam dan mengaku Allah itu satu serta nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sedangkan di luar sana ramai yang telah jauh terpesong, ramai yang tergolong dari kalangan anti-hadith atau anti-sunnah, ramai terjebak dengan ajaran sesat dan yang paling buruk ialah murtad.
Sekiranya seseorang itu ikhlas bertaubat, sudah tentu Allah bersedia memberi keampunan dan limpah kurniaNya. Keampunan Allah dan rahmatNya akan memberi kesan bagaimana manusia sekeliling melayani dan menerima dirinya.
** this is just a random post.
tadi ke hospital pantai bangsar melawat kakak ipar yg sudah pun melahirkan anak perempuan ke-3..alhamdulillah,
semoga Allah mengampuni aku, kau dan dia2..uhu
Tuesday, December 4, 2012
3 december 2012
Ayat 26 dalam surah An-Nur..
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Ayat ni..akan diguna pakai sehingga akhir zaman..
bukan maksudnya selepas dah kahwin, ayat ni tak berfungsi lagi kan..biasanya org guna ayat ni bila nak cari pasangan hidup.
Umar sedang tidur..sementara tunggu ayahnya balik kerja.
aku kerja shift malam. start 9mlm sampai esok 8pagi. 7.30mlm ni dah kena gerak.nt sampai hospital smayang isya' lu then mulalah bekerja. malam ni kerja ngan prp..malam 2 org je..hopefully tak ramai patient n tak banyak kes wad..huhu
Kadang pernah tak terfikir..kenapa aku disini..bagaimana aku disini..
haritu kerja malam dgn sorang akak ni..borak2 panjang..eh tak sangka kan kak, sy dah kawin, dah ada anak..umur baru 25 kot. ada je yg single mingle enjoy2 melancong sana sini dulu..
Akak tu reply balik..alhamdulillah,kan dah rezeki intan..
Tiap apa yg berlaku dalam hidup kita, sudah ditentukan kan..ofkoslah perlu berusaha sahaja..bukan wait n see rezeki dtg dr langit ke. Apa yg telah berlaku, PASTI ada hikmahnya..perkara2 silam yg mungkin pahit, manis masam sume tu..semuanya berlaku PASTI ada sebabnya.
Kadang bila terrtahu sesuatu perkara yg telah laamaa berlaku..hati rasa tak sedap. tapi fikir rasional..so what? so, apa impaknya untuk kehidupan sekarang dan akan datang? ada kebaikan kah atau sebaliknya?
Always ask 'so what?'--pesan speaker kursus Research Highlight harittu.
so what yg maksudnya, ok..so lepas ni apa? apa yg perlu dilakukan?
bukannya so what yg macam poyo sombong tu..hurmm..
Sekarang duduk serumah dengan mak mertua dan ayah mertua...mungkin hati macam tak merelakan kan.tp planning Allah tu pasti ada sebabnya..alhamdulillah urusan semua dimudahkan..jaga umar ke..masak ke.. tapii yelah..mesti nak hidup famili sendiri juga kan..
insyaAllah kalau diizinkan suatu hari nanti.
Kita akan berkahwin dengan orang yg melengkapkan kita kan. aku teringat satu pepatah arab, dia kata isteri ibarat tangan kiri, suami tangan kanan, bila dicantumkan,dapat membuat genggaman.
bila kata lengkap, mesti banyak sifat yg opposite. kalau dia api, sy air..kalau dia bunga, saya daun..macam tulah..
in terms of family..my family and his family mmg berbeza...
susah nak masuk...yelah,kita dah membesar 24 tahun dengan keluarga kan..
sendiri kena pandai2 adjust in kan dlm family nya..doa banyak2..doa rabithah hati moga ditautkan hati.. doa moga diberi kesabaran yg cantik.
apa-apa pun..
tiada kebetulan dalam kehidupan...

Subscribe to:
Posts (Atom)