dapat access internet, check netbank, hurmm..hampa.duit scholar tak masuk lagi..tak dapatlah den nak bayar letrik.heh. kalau org melben takde karen, g pasang lilin eh..hehe.. dun worry.insyaAllah esok lusa masuklah kut duit tu.
hurm..
baru pulang dr Terengganu..berdua dgn Anoi.gambar pd anoi.so, takleh upload apa-apa. BEST! alhamdulillah..banyak pengajaran boleh ambil. kita tanaklah jalan-jalan yg jalan-jalan je. kalau tak set aim dan objektif...tak bermaknalah perjalanan tu.
kami ke Taman Tamadun Islam..dah meround satu dunia dah di situ..best! berbaloi masuk.
ke Masjid Krista jugal..kesian masjid ni...uhu dah tujuan binaannya tuk tarikan pelancong..jadilah mcm tu. sayang.
ziarah ke rumah nenek Mar, moyang Mar dan ke rumah bestfren Mar, Yapma..amboi..besau2 umah di Terengganu ye.. rumah orang2 berada. rumah den? 1/3 kut.
makan nasi dagang, laksa terengganu, ketupat sotong, sotong celup tepung kat Teluk Ketapang, nasi kerabu, kepok lekor....
mak Mar bg kain sutera sorang satu.uhu..segan nak amik..dah lah mahal kain sutera tu..
nt i buat baju tuk graduasi i k...
otw pulang ke KL, jam 5 pagi tiba di stesen Putra, kemudian subuh di KLcentral.then ke KLCC naik skybridge ngan anoi.... =)
kemudian selepas zuhur, berpisah dgn anoi di Klcentral..noi ke KLIA,i ke pudu,dgn seorang teman..
begitulah kisahnya.
=)
alhamdulillah..
semasa program KIBAR tu, ramai tanya stay sampai hari apa? then i jawab, stay sampai ahad coz isnin nak ke Terengganu.bila ditanya, knp nak ke terengganu? i jawab, nak ziarah kawan. itu sahaja. org ingat ada program kat Terengganu tu..tak takde.mmg saje nak jumpa kawan. Then, seseorang di Kibar khabarkan cerita ini...terima kasih sahabat. =)
Daripada Abu Hurairah Radiaallahu’anhu, dari Nabi Sollallahu’alaihiwasallam;
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr, Bab pada menyatakan kelebihan cinta kerana Allah)
semuga ku dan noi seperti pemuda ini... =)
ok, sekarang ke part lain...
kes kahwin.
susah kan nak kahwin ni..
nak tentukan TARIKH je pun...dah banyak problem.
bila Mar cerita, dapatlah bayangkan sikit2...
tapi bila kena kat keluarga sendiri...aiyak...susahnyer..nenek belah perempuan tak suka. nenek belah lelaki tak berkenan. bukan tak suka atau tak berkenan ngan orangnya..tak berkenan dgn tarikhnya. makcik belah lelaki nak bersalin waktu tu. blablabla..
macam2. yg nak kahwin yg dapat masalah.
toleransi 2 keluarga memang sangat perlu.
kalau tak... taktaulah.
semalam bual ngan sorang teman..
hurm..betul kan.
tak kira lah lelaki ke perempuan..
satu perkara ni..amat mudah buat satu pihak kecil hati yg teramat.
bila satu pihak, tahu yg satu pihak lagi ada affair ngan org lain... that's it. sampai situ jelah. delete fb,ym,numfon.dll... uhu.. i say:betul3..
tapi..kawan jelah kut lepas tu.. depends.
semoga..segalanya berjalan lancar..amin.
nak jalan2 Ahad ni...bleh? ehe..
esok ke sekolah Naim dan yana..aih.. dak 2 orang ni..cemanalah nak sekolahkan pemikiran dorang ni..
tempoh sebulan..tak cukup..untuk mengubah habit yg sudah ada berrtahun-tahun.
orait..sekian dahulu..
jaga diri..jaga solat.jg iman. =)
