Friday, January 8, 2010

8 Januari 2010

Bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah..segala puji bg Allah..
kini jam 12.03tghmlm.
Baru habis tutup kedai, basuh lantai, lipat meja, susun kerusi...ehe kerja2 yg 'biasa' lah tu...
dah namanya kedai makan.
teringat suatu ketika dahulu, ku pernah bekerja di Pizza Hut, kalau kena shift malam je, mmg penatlah nak kena angkat semua kerusi atas meja, sapu dan mop lantai.
ataupun, kalau giliran basuh toilet, basuhlah jawapnya.
kalau giliran mop tangga, moplah juga jawapnya.
itu semua pengalamanku sewaktu menunggu result SAM keluar..sebelum ku terbang ke Australia..

Mak dan abahku..memilih untuk berniaga sendiri.
kadang org tanya, kenapa abah berhenti kerja?
kenapa nak berniaga?
hurm...jawapannya..mungkinlah kerana ibuku yg memang minat berniaga..
hampir semua benda dia nak jual..
MLM atau apa2 direct selling, puas sudah dia buat dahulu. sampai aku pun pernah kena ikut mak ke meeting Zhulian waktu beliau aktif.
aiyak...

abah, dahulu bekerja sebagai Marketing Executive di New Straits Times cawangan BP..kemudian berpindah ke Shah Alam. kemudian mengambil keputusan berhenti secara sukarela..dapat duit pampasan..buka kedai dgn mak. ha..setel! bekerja sendiri juga best.. mungkin kurang tekanan dari segi kerja..mungkin kurang masalah bila bekerja sendiri dan mungkin juga kerana berniaga ini berkat hasilnya..dan lagi penting, mak dan abah dah pun melaksanakan salah satu sunnah rasulullah sendiri iaitu berniaga. Rasul kan berniaga juga dahulu? =)

macam2 org yg ku jumpai...
yg paling tak ku faham..pakcik2 yg melepak2 nii..aduhai..
bagaimana ye?
ingin mengubah masyarakat?

kakak2, adik2 dan makcik2 pekerja mak ni..mungkinlah dapat kudekati perlahan2..
qudwah intan penting...
magrib..mmg otomatik, astro akanku alihkan ke saluran OASIS..biar customer2 sedar dah maghrib dahhh...silalah beransur ke masjid berdekatan...
wanita2...sila solat...

oklah...sekian dahulu malam ini..
esok mak kata dijangka ramai orang..so siang akanku kerja di kedai mak ni..
biasanya siang, ku buat hal sendiri..takdelah hal sangat..kemas rumah je..
ada abang duk rumah tu pun takbley harap..haiyaaa...sepah juga..camanalah nak kawen ni bang?? ish ish..

ok...
itu sahaja dulu buat mlm ini..
salam. =)

No comments: