Sunday, April 18, 2010

19 April 2010

Kulit siput yg cantik2 yg biasa kalau jalan2 tepi pantai, ramai akan kutip.

Oh! apakah itu? ada binatang di sebalik kulit siput itu..adakah itu siput semasa ia hidup?
....eee..
takut ah pasni nak kutip apa2 seashell tepi pantai..gugu

ee banyaknya kaki dia..macam ketam pulak...

Dalam aquarium untuk dijual..
harga bergantung pd saiz.
tak kuasa i nk beli..tgk je pun dah rasa semacam.

Ok..itu adalah hermit crab shell..sejenis hidupan yg menumpang pd seashell...ada org bela letak dlm aquarium..
masa ni jln2 sekitar Melbourne central survey2kan jaket abang.. abg bagi description 'coat yg macam org kerja tu tp yg ni boleh pakai dgn baju kolar bulat.' err...yg camana ek.. takpelah..
yg penting sekarang angah tayah belikan dah..yeay~ dah ada mutual agreement penukaran hadiah..


Ainiway, ini cawan hadiah utk VVIP. VVIP ini terdiri dari saudara-mara terdekat shj. Ada 150 eh cawan? KakLah sponsor..byk lagilah kaklah sponsor..apa ntah..oh abangku yg satu ni mmg pandai menge'pow' adik2 dia ni..tapi bang dun worry..sepandai2 ko kan, pandai lagi kitorang..haha tgklah time kitorang kawen nt..komfem anda tidak kan dibiarkan begitu shj... kuikui.

apa-apa pun..gambar macam org dah kawen je..ish.
and satu lagi.. sekali tgk, mcm abah pun ada lar...abah zaman muda-muda dulu..
dan yg pasti..ni kalau abg tak pasan lah kan..dah tembamz!! takpelah..acceptable lagi...hehe



2 minggu ni, aku akan memaksimakan penggunaan masa utk menyiapkan asignment dan study sebanyak mana yg boleh..
nt balik Mesia..oh nota2 akan dibawa pulang juga..pasti..tidak semua pasti sedikit..
final year ni..mana bleh main2...
ish2..



Semalam diingatkan kembali..
diri manusia ini akan sentiasa ditarik oleh 2 tarikan..
sama ada yg baik atau yg buruk..
dan manusia ini sentiasa diberi PILIHAN...tidak dipaksa utk pilih A atau B.
terpulang pada individu itu untuk pilih yg baik atau sebaliknya...
tp rugilah org yg pilih sesuatu yg tak baik kan?


Case scenario.
B can C disoal oleh A ttg pilihan hidup. abaikan pilihan2 lain selain dr yg ditanya k..contohnya..'awak nk jd X ke Y?' 'tak, sy nak jd Z.'..dalam kes ini..abaikan ye..
hanya ada 2 pilihan shj..X atau Y.

A: ok, awak..awak nk pilih hidup sbg pelajar atau pencuri?
B: mestilah pelajar...ee dosa tau jd pencuri..bukan org baik tu..
C: err..tanak jd pelajar dan tanak jadi pencuri, boleh? nak jd tengah2.
A: ha? nk jadi tengah2 tu maksudnya apa? separuh pelajar-separuh pencuri ke? nee...awak baca buku tapi buku tu buku yg dicuri...gitu? (reminder: hanya ada 2 pilihan)

simple. maksud tersirat.. sy ni muslim ke tak? sy solat..tp sy tak pakai tudung sbb panas.
sy buat mana yg sy suka..sy tingalkan mana yg sy tak suka.
sy ni...betul ke muslim...? yelah..sy muslimlah..sy mengucap 2 kalimah syahadah..sy solat..sy puasa di bulan Ramadhan... Sy tahu sy kena pakai tudung..tapi belum tiba masanya lagi..hati sy tak terbuka lagi..dll..
tapi..tutup aurat itu wajib...maksud wajib..buat dapat pahala..tinggal dapat dosa..

ramai kan...tahu sesuatu itu dosa..tapi masih buat juga..
tarikan hawa nafsu, keinginan diri yg tidak terkawal ditambah dgn godaan dan hasutan syaitan...menunjukkan betapa manusia ini benar2 lemah.

Allah bg peringatan dlm Al-Quran: Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dgn kebatilan, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya.
[2:42]

Allah bg cara utk kawal diri...
kalau sdg marah...kawal dgn ambil wudu'. jika berdiri duduk. jika duduk, baring..
Puasa...cara kawal diri juga. Dalam Hadis 29 ada disebutkan, Puasa itu sbg Perisai diri..
Ada hadis lagi kata, kalau ada org cari gaduh ngan kita, ucaplah, "Sesungguhnya, aku berpuasa hari ini."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."

Manusia itu lemah... sentiasa berbolak balik hatinya..
Bak kata Ibnu Rawahah kpd Abu Darda': Marilah kita beriman sejenak, sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik drpd isi periuk yg mendidih.

Doa..Ya Allah..dgn cara apa sekalipun..selamatkan aku, pilihlah aku..dan sedarkan aku.
Beri daku petunjuk dan bimbingan ke jalan lurusMu..Amin.



2 minggu lagi...
c u KLIA~

No comments: