Rasa macam dah lama hati ni dibiarkan kosong tanpa pengisian. Alhamdulillah, semalam sesi usrah kami selamat dijalankan, dan kali ni kami berbincang mengenai satu hadith yang menarik =)
"Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum berlaku kiamat, maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala,"
Hmmm... pelikkan? Kenapa Rasulullah s.a.w berpesan pada umatnya untuk tanam buah kurma tengah2 kiamat? Agak 'kontradik' di situ. Kurma dan kiamat.
Ok, untuk faham hadith ni, jom kita renung kenapa Nabi s.a.w menggunakan perumpaan benih tamar a.k.a kurma.
Apa itu kurma?
Buah kurma ni berasal dari pohon kurma *of coursela, mana lagi kan? =p*, dan pohon2 ni tumbuh segar di kawasan2 gurun di benua Afrika. Sekarang, pohon2 kurma sudah banyak ditanam di kawasan2 lain seperti Mexico dan California disebabkan nilai komersial buahnya yang agak tinggi. Pokok tamar ni memerlukan lebih kurang 4-7 tahun untuk berbuah selepas ditanam, dan ia mampu memberi hasil dalam 7 hingga 10 tahun.
Jadi, persoalannya di sini, kenapa nak tanam kurma yang memerlukan hampir 10 tahun untuk berbuah pada waktu kiamat???? Jika diikutkan akal logik manusia, ini memang terlampau mustahil! Sedangkan kita sering digambarkan betapa dahsyatnya keadaan kiamat di dalam al-Quran, sehinggakan gunung-ganang pun boleh menjadi debu yang berterbangan, macam mana laaa benih kurma tu boleh bercambah kan?
gambar hiasan, dapat kat internet
Mesej sebenar hadith ni adalah bekerjalah kamu walaupun kiamat seketika nanti. Pointnya di sini, tidak kira lah betapa MUSTAHIL, ataupun betapa GENTING nya situasi kita, kita perlu berusaha untuk terus beramal dan mampu memberi kebaikan untuk orang lain, supaya orang lain pun mampu mendapat manfaat darinya.
Contoh dekat *antara hasil perbincangan kami* yang boleh diambil iktibar sebagai seorang pelajar muslim, kita tahu dakwah itu satu tanggungjawab yang dipikul oleh kita semua namun kita sering merasakan tugas itu sangat mustahil untuk kita kerjakan. "Mampu ke aku nak tegur kawan aku ni? Haish, aku pon rock camni. Tak ade nye die nak dengar cakap aku. Aku ni tak pernah2 pulak tu tegur2 orang. Karang die cakap aku ni buat2 baik pulak,"
Kita sebagai manusia memang tak dapat lari daripada asyik memikirkan kelemahan diri sendiri, sehinggakan terlupa bahawa Allah s.w.t lah yang menentukan outcome setiap perbuatan kita. Seperti mana Dia yang menentukan adakah benih tamar itu akan bercambah atau tidak, Dia jugalah yang menentukan sama ada setiap usaha kita itu akan membuahkan hasil yang baik atau tidak. Mana tahu nasihat yang diberikan kepada kawan itu memberi kesan di dalam hati mereka kan? Mana tahu perkataan baik yang diluahkan itu akan disebarkan kepada orang lain pula?
Jadi, kenapa kita sibuk2 je nak fikir 'ah, mustahil lah!' dan 'tak boleh, aku tak mampu buat ni..'. Jika kita tahu apa yang diusahakan itu berfaedah untuk diri kita dan orang lain *e.g. belajar untuk exam, nasihat, etc*, mengapa tidak kita usahakan saja perkara yang 'mustahil' itu? Dan biarkan lah Allah yang menentukan hasilnya, kerana tiada apa yang mustahil bagiNya.
Hadith ni boleh juga dikaitkan dengan banyak lagi situasi dalam kehidupan seharian kita. Yang penting, kita mampu mengambil iktibar darinya.
Minta maaf jika tajuk ni agak hambar. Sy pun masih punya kelemahan dalam menyusun kata-kata supaya nampak lagi menarik. Jika masih tak faham pasal hadith ni, boleh rujuk pada buku-buku hadith dan daripada orang yang lagi arif.
Diambil, dicopy-n-paste, dr blog seorang teman. =)
Alhamduliilah~ Mari kita bekerja....
Persaingan itu bagus...
bak kata my sis, dia main tenis, kita pun main tenis...tp kita salam..
bak quote KCB juga.. "Kahwin itu ibadah..mengapa harus menyakiti hati org?"
Sama juga semua ibadah2 lain...tidak perlu sakiti org..
niat dan lakukan Lillahitaala~
wallahualam.


No comments:
Post a Comment